Sumber: Google Pernahkah anda berasa takut, cemas, sesak nafas dan badan menggigil secara tiba-tiba? Adakah anda mengetahui apakah penyakit yang anda alami? Adakah anda tahu apakah itu serangan panik? Menurut Cathy Frank M.D., Pengarah Outpatient Behavioral Health Services di Henry Ford Hospital, mengklasifikasikan bahawa serangan panik adalah episod ketakutan yang tiba-tiba, mencetuskan reaksi fizikal yang teruk tanpa bahaya atau penyebab yang nyata. Adegan ini boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang isyarat amaran bahkan boleh terjadi ketika sedang tidur. Serangan panik biasanya berlaku antara 15 hingga 30 minit. Gejala-gejala serangan panik biasanya mulai berlaku pada usia remaja dan awal dewasa yang mempengaruhi kira-kira dua hingga tigatiga peratus orang dewasa dan remaja. Wanita lebih cenderung untuk mengalami serangan panik dua kali ganda lebih daripada lelaki. Kenapa wanita? Sumber: Pexels Penyelidik dari University of Cambridge menyatakan wanita lebih cenderung terkena serangan panik berbanding lelaki kerana perbezaan sebatian kimia otak antara kedua-dua jantina. Selain itu, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mereka yang mempunyai serangan panik kebanyakannya adalah dari kalangan golongan muda yang pada kebiasaannya turut mengalami kemurungan. Sebagai contoh, serangan panik boleh berlaku kepada pelajar universiti apabila pensyarah memberi tugasan yang banyak secara mengejut di dalam talian tanpa disedari oleh seseorang pelajar kerana talian internetnya lemah. Ini akan membuatkan jantung pelajar itu berdebar dan rasa gementar yang boleh dikategorikan sebagai serangan panik. Menurut Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-5) dari Persatuan Psikiatri Amerika (APA), serangan panik biasanya mempunyai beberapa tanda atau gejala seperti berikut:
Semasa serangan panik, seseorang individu itu akan berasa seperti:
Sumber: Pexels Serangan panik juga boleh menjadi perkara yang sangat menakutkan. Apabila ia berlaku, individu tersebut akan berasa kehilangan kawalan, mengalami serangan jantung, bahkan boleh mati. Walaupun serangan panik itu sebenarnya bukanlah satu keadaan yang boleh mengancam nyawa, namun ia boleh menjejaskan kualiti kehidupan seseorang.
Antara sebab Allah memberikan ujian sakit, ketakutan, dan kebimbangan kepada hambanya adalah tanda kita layak menerima, yang kelak akan diberikan ganjaran besar jika kita tabah menghadapinya. “Wahai orang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara kebajikan), ... serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu (mencapai kemenangan).” (Surah Ali Imran, ayat 200) “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah, ayat 286) Cara merawat serangan panik Walau bagaimanapun, serangan panik juga boleh dirawat melalui beberapa rawatan iaitu dengan melakukan teknik pernafasan dengan betul. Ini kerana, apabila individu itu mengalami serangan panik secara tiba-tiba, maka proses pernafasan akan menjadi cepat daripada biasa dan akan membuat situasinya semakin buruk. Jadi, caranya adalah tarik nafas secara perlahan dan teratur hingga memenuhi ruagan abdomen. Lakukan dengan kiraan 4,4,8 selama beberapa minit. Seterusnya, jika serangan panik tidak dapat disembuhkan, segeralah berjumpa dengan pakar psikitari untuk mendapatkan rawatan lanjut serta mengambil ubat-ubatan yang betul. Oleh itu, carilah jalan penyelesaian terbaik untuk menghilangkan masalah panik.
0 Comments
|
AuthorNur Faqihah binti Che Shamshudin |