Masyarakat Melayu dahulu terkenal dengan kemahiran pembuatan kuih tradisional. Kuih tradisional merupakan warisan tinggalan nenek moyang kepada generasi seterusnya. Kuih tradisional ini boleh dikatakan unik disebabkan kepelbagaian masyarakat Melayu yang terdapat di Malaysia. Seperti yang kita ketahui, orang Melayu yang terdiri daripada ras yang berbeza antaranya Melayu-Jawa, Melayu-Minangkabau, Melayu-Bugis dan sebagainya. Keunikan ini boleh dilihat khususnya melalui pembuatan kuih tradisional disebabkan asimilasi yang banyak berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia. Tidak lagi mendapat perhatian Pada masa ini, bukan hanya tumbuh-tumbuhan dan haiwan, kuih tradisional juga diancam kepupusan disebabkan perubahan zaman yang membawa kepada perubahan gaya hidup. Kini, kuih tradisional tidak lagi mendapat perhatian dan sambutan dalam kalangan masyarakat Melayu sendiri. Mengapa ia semakin terancam?Pembuatan makanan yang renyah Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kuih tradisional memang sedikit, namun kelihatan renyah dari segi pembuatannya. Sebagai contoh yang paling hampir dengan kita adalah dodol. Bahan yang digunakan tepung pulut, gula kasar, gula merah dan santan tetapi ia menjadi renyah apabila kita perlu sentiasa mengacau dodol tersebut supaya tidak berkerak dan ia mengambil masa yang lama iaitu 2-3 jam untuk selesai. Petua atau pantang larang Selain daripada pembuatan kuih tradisional yang dianggap payah, sebahagian daripada kuih tradisional juga mempunyai pantang larang tersendiri supaya kuih tersebut dapat dihasilkan dengan baik dan sempurna. Hal ini menjadi punca mengapa sudah tidak ramai orang yang membuat kuih tradisional. Antara contohnya boleh dilihat melalui artikel yang disiarkan oleh Sinar Plus tentang pantang larang membuat kuih cememek iaitu tidak boleh membuka kipas bagi mengelakkan kuih tersebut menjadi keras. Lebih tertarik kepada produk ‘instant’ Berdasarkan lapora berita Utusan Sarawak yang telah menemu bual seorang peniaga kuih wajik, sirat dan dodol, Cik Robiah, 75, beliau berkata kuih-muih tradisional yang dijual olehnya tidak mendapat permintaan yang tinggi kerana generasi kini lebih cenderung untuk membeli kuih ‘instant’ seperti karipap dan popia. Lantaran itu, mereka tidak mempedulikan lagi kewujudan kuih tradisional malahan semakin dilupakan. Tambahan pula, mereka juga lebih tertarik untuk membeli kuih tradisional Melayu yang didapati di gerai-gerai tepi jalan berbanding membuat sendiri kuih tersebut di rumah mereka. Mengikut trend terkini Teknologi canggih membawa kepada gaya hidup yang baharu. Perubahan yang berlaku bermula daripada gaya pemakaian masyarakat sehingga kepada gaya pemakanan juga. Cita rasa generasi kini sudah banyak berubah. Mereka tidak lagi menggemari kuih yang berasaskan kelapa khususnya, kerana lebih tertarik dengan pembuatan kuih moden yang berasaskan keju atau bahan-bahan yang dihasilkan dari negara-negara barat misalnya Burnt Cheesecake, Cheesekut, Blueberrycheese Tart dan banyak lagi. Kurangnya Usaha Giat Kerajaan Salah satu punca kuih tradisional semakin hilang peminatnya adalah disebabkan kurangnya usaha giat daripada kerajaan untuk memperkenalkan kuih tradisional serta membangunkan semula perusahaan kuih tradisional kecil-kecilan yang dilakukan oleh segelintir masyarakat. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita perlu sedar bahawa kuih tradisional yang merupakan warisan nenek moyang ini perlu dipelihara dan diangkat kembali pembuatannya di tanah air yang tercinta ini. Pembuatan kuih tradisional perlu dipupuk kembali dalam kalangan generasi muda masa kini untuk mengelakkan warisan kuih tradisional ini hilang ditelan zaman. KUIH TRADISIONAL: WARISAN SEPANJANG ZAMAN Kalakatar
masyarakat Banjar. Kuih ini pernah mendapat liputan dari Majalah TV suatu ketika dahulu. Antara bahan yang digunakan ialah tepung beras, tepung gandum, gula, garam, telur, isi kelapa muda berserta airnya. Kaedah untuk memasak kuih ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu bakar ataupun kukus. Dodol Kukus Tahi Minyak
Gedung Chak
Cara memasaknya juga dibakar di atas api yang sederhana besar. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih tersebut juga mudah sahaja. Antaranya ialah tepung pulut, kelapa parut, gula pasir atau gula merah. Halwa Maskat
Resepi kuih yang hampir 3 dekad itu telah diperturunkan kepadanya. Tepung yang digunakan perlu diuli terlebih dahulu kemudian dibasuh supaya ‘getah’ dapat dibuang. Bahan-bahan lain termasuk minyak sapi, dan gula digunakan dalam pembuatannya.
2 Comments
|