Sumber: Google Pokok kelapa atau nama saintifiknya Cocos nucifera merupakan tanaman yang banyak dijumpai di kawasan persisiran pantai dan merupakan ikon tumbuhan bagi kawasan tropik. Air kelapa bukan sahaja terkenal dengan keenakan rasanya, malah turut terkenal kerana mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Sebenarnya air kelapa adalah salah satu penawar untuk kesihatan tubuh badan kita. Mari kita telusuri manfaat yang akan kita perolehi daripada air kelapa. 1. Dapat mengurangkan berat badan Kandungan lemak dalam air kelapa sangat rendah, jadi anda tidak perlu risau tehadap kenaikan berat badan sekiranya minum air kelapa secara berlebihan. Ini disebabkan air kelapa mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi yang dapat menjadikan anda berasa mudah kenyang serta tidak berselera untuk makan. 2. Baik untuk kulit Kulit anda akan cantik dan licin jika kerap menikmati air kelapa. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat, mereka sangat disyorkan untuk mencuci dan membilas muka menggunakan air kelapa kerana khasiat di dalamnya mampu untuk memperbaiki tona kulit wajah serta melembapkan kulit. Jadi, tidak hairanlah bahawa produk kecantikan yang berasaskan buah kelapa makin banyak dijual di pasaran. 3. Melambatkan penuaan Air kelapa mengandungi Cytokinins yang mempunyai kesan antipenuaan pada tisu dan sel-sel kulit. Kuasa penghidratan air kelapa dapat memastikan kulit anda mendapat kelembapan yang cukup untuk membantu dalam melambatkan penuaan kulit. 4. Membantu penghadaman Air kelapa membantu dalam melegakan masalah pencernaan dengan efektif kerana kadar kandungan seratnya yang tinggi boleh memberikan kelegaan kepada masalah ketidakcernaan serta mengurangkan kadar berlaku refluks asid yang berkaitan dengan masalah pencernaan. Sumber: Pexels 5. Menurunkan tekanan darah Tahap elektrolit yang tidak seimbang di dalam badan boleh menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Air kelapa mempunyai kandungan elektrolit yang mencukupi dan boleh digunakan untuk mengimbangi semula kandungan elektrolit dalam badan. 6. Membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan. Untuk masalah demam, air kelapa muda lebih sesuai berbanding air kelapa tua. Selain tinggi kandungan vitamin c, kajian yang diterbitkan dalam Journal of Intercutural Ethanopharmacology pada tahun 2016 mendapati air kelapa muda mempunyai sifat anti radang yang lebih kuat berbanding air kelapa tua. 7. Mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Boleh juga dijadikan minuman tenaga. Air dari buah kelapa sangat berkesan dalam menghidratkan tubuh badan berbanding minuman isotonik untuk sukan yang dijual di pasaran. Satu kajian yang telah diterbitkan dalam Jurnal Medicine & Science in Sports and Exercise telah menunjukkan bahawa air kelapa boleh menggantikan semula cecair dalam badan dan ia berindak lebih baik daripada air biasa. 8. Meningkatkan sistem imunisasi didalam badan. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit. Air kelapa mampu meningkatkan sistem imunisasi dalam badan dan berupaya melawan panyakit seperti selesema, demam dan juga AIDS. Ia juga boleh menghilangkan bakteria penyebab kepada penyakit gusi dan jangkitan kuman dari pundi kencing. 9. Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis. Air kelapa mempunyai kandungan gula yang sedikit jika dibandingkan dengan kebanyakan minuman sukan, soda dan beberapa jus buah. Kajian telah membuktikan bahawa air kelapa dapat menurunkan gula dalam darah. 10. Membantu merawat penyakit batu karang. Air kelapa dapat mencegah pembiakan kristal yang melekat di saluran kencing dan ginjal. Kajian menunjukkan meminum air kelapa muda dapat meningkatkan bahan citrate dalam air kencing. Citrate adalah bahan yang boleh menghalang pembentukan batu karang. Kesimpulannya, air kelapa bukan sahaja mempunyai khasiat yang banyak, namun ia juga murah dan mudah didapati. Jika tiada pokok kelapa di rumah, air kelapa juga boleh didapati di pasaran. Ayuh amalkan air kelapa dalam kehidupan seharian kita ! Sumber: Pexels TAHUKAH ANDA?
|
AuthorNur Hanis Izzani binti Kamaruzaman |