Sumber: Google Pernahkah anda mendengar tentang Bayam? Ya, pasti pernah kerana bayam adalah tanaman yang banyak terdapat di Malaysia. Namun bagaimana pula dengan Bayam Brazil? Adakah disebabkan bayam ini berasal dari Brazil? Jom kita kenali tentang bayam ini. Bayam Brazil atau nama saintifiknya Althernanthera sissoo adalah spesies tanaman sayuran yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini membiak melalui keratan batang dan ia sangat mudah untuk hidup. Tanaman ini merupakan tanaman yang sudah lama tumbuh di bumi Malaysia tetapi tidak ramai yang tahu akan kewujudannya. Namun, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mewajibkan orang ramai kekal di rumah masing-masing pada 18 Mac yang lalu,tanaman ini boleh dikatakan menjadi sebutan semula di bibir masyarakat Malaysia terutamanya mereka yang mengisi masa terluang dengan menanam semula tanaman ini. Bayam ini merupakan spesies tumbuhan yang membesar dengan cepat dan subur.Daunnya boleh dimakan secara mentah ataupun dimasak. Tumbuhan ini boleh membesar sehingga 30 cm tinggi. Saiz daunnya pula sekitar 2 hingga 3.5 cm lebar. Antara keistimewaan Bayam Brazil ini juga adalah ianya boleh dijadikan sebagai menu hidangan yang lazat. Antara resepi popular yang menggunakan sayuran bayam ini adalah Sup Bayam Brazil dan Suhun, Gulai Lemak Bayam Brazil, Sayur Tumis Bayam Brazil, Bayam Brazil Goreng Belacan dan Bayam Brazil Goreng Tepung. Daun Bayam Brazil tidak berlendir dan juga rangup.Oleh itu,sayuran ini sangat sesuai untuk dijadikan ulaman atau kudapan terutamanya kepada anak-anak yang tidak makan sayur-sayuran . Selain dapat dijadikan hidangan yang lazat, sayuran ini sangat baik untuk kesihatan kita. Bayam ini mempunyai banyak khasiat namun sayangnya, kebanyakan masyarakat kurang pendedahan mengenai khasiat sayur ini. Antara khasiat Bayam Brazil ialah: 1.Mencegah Kanser Kandungan flavonoid dalam bayam brazil boleh mengurangkan risiko kanser sebanyak 34% dan menghalang dari sel-sel kanser berkembang. 2.Mengekalkan kesihatan mata Bayam Brazil juga mempunyai karotenoid dan juga vitamin A yang sangat penting untuk mengekalkan penglihatan yang jelas. Tambahan lagi, kandungan karotenoid dalam bayam brazil berupaya untuk mengelakkan terjadinya katarak dan pengurangan macular pada mata. Sumber: Infopelajar2u 3.Menguatkan Tulang Jenis sayuran hijau seperti bayam brazil mempunyai mineral seperti magnesium, zat besi, fosforus dan tembaga yang semestinya dapat menguatkan tulang. Fosforus bukan sahaja mampu menguatkan tulang malah dapat mengelakkan terjadinya keretakan tulang. 4.Menurunkan Berat Badan Bayam Brazil mengandungi 20% serat dan makanan yang kaya dengan serat boleh membantu masalah sembelit dan melancarkan proses kandungan dalam perut.Jadi, bagi sesiapa yang ingin berdiet, pengambilan bayam brazil secara sederhana berpontensi menurunkan berat badan.Hasil kajian yang didapati oleh para saintis Sweeden menunjukkan struktur yang terkandung dalam bayam mengoptimumkan percernaan dan mencetuskan penghasilan “hormon kenyang” dalam usus. 5.Mengekalkan Stamina Kandungan zat besi pada bayan brazil membantu meningkatkan penghasilan oksigen dalam badan, disamping membantu stamina tubuh badan. Dengan mengamalkan makan bayam brazil, tubuh badan akan kekal segar dan berstamina walaupun banyak kerja yang dilakukan. 6.Khasiat untuk Ibu Mengandung Bagi para ibu yang mengandung, mengamalkan bayam brazil sangat baik untuk mengekalkan kesihatan ketika mengandung.Kandungan folat dalam bayam brazil mempengaruhi perkembangan janin yang sempurna disebabkan oleh beberapa kandungan nutrien didalamnya.Khasiat sayuran hijau ini juga mampu membantu pertumbuhan tulang belakang janin,mencegah keguguran di samping membantu mencegah anemia. Sumber: Iluminasi
0 Comments
|
AuthorWan Nor Amni Binti Wan Mohd Azahari |