Saat bergelar ibu bapa merupakan satu detik paling bersejarah dan sangat indah. Sungguhpun demikian, memegang status ini bukanlah perkara yang boleh diambil mudah, kerana ia perlu seiring dengan tanggung jawab dalam memberi didikan dan membentuk perilaku yang baik dalam diri anak-anak. Menurut Pegawai Psikologi Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru, Bon Nissa Abdul Kadir, setiap kanak-kanak dilahirkan dengan gaya pemikiran yang berbeza. Gaya pemikiran akan membentuk personaliti, cara bertindak dan gaya pembelajaran mereka. Persekitaran kehidupan yang mereka lalui juga akan mempengaruhi pemikiran, perasaan dan tingkah laku kanak-kanak itu. Sebagai ibu bapa, perlulah mempunyai pendidikan asas mengenai personaliti anak-anak supaya dapat lebih memahami kehendak dan keperluan mereka. Ia juga dapat membantu anak-anak anda dalam perkembangan psikologi, cara mengekspresi perasaan serta dapat menyelesaikan masalah mereka dengan lebih berkesan. Personaliti anak yang berbeza semestinya memberi cabaran yang besar buat ibu bapa, apatah lagi ketika mendidik anak lelaki dan perempuan yang sedari kecil secara semula jadi membawa perwatakan yang berlainan. Di sini di senaraikan beberapa perbezaan di antara anak lelaki dan perempuan dari segi kebolehan berinteraksi dengan sekeliling, kemahiran dan sikap. Sebaya tetapi tidak samaWalaupun mempunyai usia yang sama, tetapi anak lelaki dan perempuan mengalami proses pembesaran dan perkembangan yang berbeza. Contohnya, sejak di usia kecil anak perempuan mempunyai daya pendengaran yang lebih kuat, manakala anak lelaki mempunyai daya penglihatan yang lebih tajam. Dalam aspek perkembangan emosi pula, seringkali kita melihat ibu bapa lebih kerap memanjakan anak perempuan, akan tetapi pada hakikatnya anak lelaki mempunyai jiwa yang lebih sensitif disebabkan perkembangan mereka sedikit lewat berbanding anak perempuan. Biarpun demikian, anda perlu memberi sokongan mental dan fizikal kepada anak lelaki sama seperti anak perempuan. Anak perempuan pasif?Pergi ke mana-mana taman permainan, pasti anda akan melihat lebih banyak kanak-kanak lelaki berlari, memanjat dan melompat. Penyelidik berpendapat bahawa kanak-kanak lelaki adalah yang lebih aktif berbanding kanak-kanak perempuan. Anda mungkin tidak menyedari perbezaan tingkah laku yang ditonjolkan mereka sejak kecil. Di mana anak lelaki lebih banyak menggeliat di meja, gelisah di kereta sorong, merangkak pada jarak yang lebih jauh dan berani mencuba. Namun begitu, ini tidak bermaksud anak perempuan yang kurang lasak adalah pasif. Secara fitrahnya sikap anak perempuan akan berkelakuan lebih sopan dan berhati-hati sebelum bertindak. Si kecil “mulut murai”Tidak dinafikan, anak perempuan majoritinya lebih cepat bercakap. Mereka cenderung terhadap kontak mata, bunyi-bunyian dan amat suka orang berbual dengannya. Faktor ini menyebabkan mereka mempunyai perbendaharaan kata yang jauh lebih banyak. Teoris behavioris terkemuka, B.F Skinner menyatakan penguasaan pada suatu bahasa merupakan hasil daripada interaksi individu dengan persekitarannya. Maka, tidak hairanlah jika anak perempuan yang lebih cepat mahir dan petah bercakap di usia kecil berbanding anak lelaki. Ibu bapa usah gusar, jika ada yang membandingkan anak lelaki anda yang belum mahir bercakap dengan anak perempuannya yang sama umur. Ini perkara normal berkaitan perkembangan otak, di mana otak bayi perempuan baru lahir lebih berkembang di bahagian yang mengatur kemampuan berkomunikasi dan bahasa. Namun demikian, harus diingat ibu bapa perlu juga melatih anak lelaki berkomunikasi dengan cara sering berbual, bercerita dan bermain dengan mereka. Kemahiran mekanikal
Oleh itu, pengetahuan dalam mengenali personaliti anak sangat penting kerana dapat membantu untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Dengan itu, kehidupan berkeluarga antara ibu bapa dan anak-anak akan lebih harmoni dan bebas daripada tekanan emosi dan mental. Ia juga dapat mewujudkan kegembiraan dan kualiti kehidupan yang baik serta lebih bermakna.
0 Comments
|