Memiliki tona wajah yang cerah sememangnya menjadi idaman segelintir wanita. Namun, tahukah anda akan kesan sampingan yang mungkin berlaku? Mungkin ramai yang tidak begitu peka terhadap penyakit barah kulit. Walhal, penyakit ini juga boleh mengancam nyawa seperti penyakit barah yang lain. Bagi yang berkulit cerah, kemungkinan kamu lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding kulit gelap. Walaupun catatan kematiannya dianggarkan hanya satu dalam seribu, namun perlu berwaspada kerana sebarang perubahan awal pada kulit boleh menjadi punca kepada penyakit ini. Sumber: Google Antara ketumbuhan yang sering dikesan ialah berlaku ketumbuhan baru pada kulit, luka yang tidak atau sukar untuk sembuh dan perubahan pada ketumbuhan lama seperti tahi lalat dari segi bentuk, warna dan saiz. Kanser kulit kerap berlaku di bahagian kulit muka yang sering terdedah sinaran UV. Kebiasaannya, pesakit yang menghidap penyakit ini adalah dalam lingkungan umur 50 tahun. PUNCA PENYAKIT Kajian menunjukkan faktor-faktor yang terdedah kepada penyakit kanser kulit ini adalah : 1. Sinaran Ultraviolet. Risikonya adalah bergantung pada jumlah pendedahan sinaran UV sepanjang hidup. 2. Mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser kulit. 3. Penyakit inflamasi kulit atau ulser kulit yang kronik. 4. Terapi radiasi. 5. Penyakit yang membuat seseorang sensitif terhadap cahaya matahari. 6. Jangkitan kuman pada kulit. 7. Penyakit kulit seperti ‘Actinic Keratosis’ atau ‘Bowens Disease’. Sumber: Freepik Terdapat tiga jenis barah kulit bergantung pada jenis sel kulit :
Basal Cell Carcinoma - Kanser ini kerap berlaku di bahagian kulit yang terdedah kepada cahaya matahari. Contohnya, bahagian muka dan ia membesar secara perlahan namun jarang merebak ke bahagian tubuh yang lain. Squanos Cell Carcinoma - Berlaku di bahagian yang sering terdedah pada sinaran matahari dan juga bahagian yang terlindung pada matahari. Jenis kanser ini boleh merebak pada kelenjar limfa dan organ tubuh yang lain seperti hati dan paru-paru. Melanoma - Kanser kulit yang melibatkan sel ‘malanocyte’ yang mengeluarkan pigmen pada kulit. Kemudian, ia akan membuatkan ketumbuhan bertukar menjadi gelap seakan tahi lalat. Ia kerap berlaku di kalangan Eurasian manakala bagi orang Asia pula, kerap berlaku pada anggota badan seperti kaki dan tangan. RAWATAN Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Begitu juga dengan kanser kulit, antara rawatan yang boleh diusahakan ialah seperti pembedahan, topical kemoterapi, photodynamic therapy dan radioterapi. Rawatan-rawatan ini bertujuan membunuh dan menghalang sel-sel kanser daripada terus merebak ke organ badan yang lain. Namun, semua kaedah yang dijalankan ini semestinya mempunyai kesan sampingan tersendiri. Kebiasaannya, pesakit akan terlebih dahulu diminta untuk menandatangani surat pengesahan dan perjanjian sebelum menjalankan sebarang rawatan yang berisiko. PENCEGAHAN AWAL Kamu digalakkan untuk memakai pelindung matahari atau sunblock untuk menghalang sinaran UV dan dinasihatkan segera mendapatkan rawatan doktor jika mempunyai ketumbuhan pada kulit.
0 Comments
|
AuthorNurul Syifa' Hazani Binti Zolkiply |