Mengapa terdapat individu yang memilih untuk membuat rawatan bekam? Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah kotor daripada badan yang boleh memudaratkan.
Rawatan ini melibatkan penggunaan cawan yang diletakkan di atas permukaan kulit dengan cara sedutan atau separa vakum untuk menghasilkan ruang udara bertekanan rendah sebelum memulakan proses bekam yang seterusnya. Sebelum itu, ayuh kita kenali jenis-jenis rawatan bekam di bawah. Jenis-jenis bekamTerdapat beberapa jenis bekam yang anda perlu tahu sebelum melakukan rawatan ini. 1. Bekam Kering Bekam kering juga dikenali sebagai bekam angin. Proses rawatan bekam kering hanya dengan meletakkan cawan bekam di atas permukaan kulit sahaja. Rawatan ini tidak memerlukan pembedahan dan ia juga tidak menyebabkan pendarahan. Kaedah bekam seperti ini adalah untuk mengeluarkan angin daripada badan, menghilangkan kelesuan dan merawat penyakit lelah. Pelanggan yang berminat dengan rawatan bekam perlulah mengetahui waktu dan masa yang terbaik untuk melakukannya agar mendapat kesan yang efektif. Anda digalakkan untuk berbekam pada hari Isnin, Selasa dan Khamis. Namun, hari yang paling sesuai untuk berbekam adalah pada hari yang ke-17, 19 dan 21 dalam setiap bulan mengikut kiraan kalendar Islam. Pasti ada yang tidak sabar untuk mencuba rawatan bekam ini. Namun demikian, anda perlu ketahui beberapa pantang larang ketika berbekam. Hal ini kerana, kita tidak mahu berlaku perkara yang boleh memudaratkan badan jika kita tidak mengikut pantang larang yang telah ditetapkan. Pantang larang berbekamPertama sekali, anda perlulah mengenal badan sendiri. Jika anda seorang yang berbadan lemah, penghidap kanser darah atau penyakit kulit yang serius, anda dilarang melakukan bekam darah. Tambahan lagi, mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis atau pesakit yang baru menjalani pembedahan di hospital juga tidak digalakkan kerana ia akan membawa kepada risiko jangkitan yang tinggi. Walau bagaimanapun, banyak manfaat yang boleh didapati bagi mereka yang menjalani rawatan ini. Proses berbekam dapat membantu memulihkan beberapa masalah kesihatan seperti yang berkaitan dengan otot kerangka serta banyak lagi. Manfaat rawatan bekam
Selepas selesai proses berbekam, anda dinasihatkan untuk tidak mandi selepas satu hingga tiga jam bagi mengelakkan luka berbekam terkena sebarang jangkitan. Tambahan lagi, kesan berbekam juga akan mengambil masa lebih kurang seminggu untuk hilang bergantung kepada individu. Di penghujung penulisan ini, ada satu hadis yang boleh meyakinkan para pembaca sekalian tentang rawatan berbekam sebagai medium penyembuh dan pencegah penyakit. Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
إنَّ أفضلَ ما تداويتُم بِه الحجامةَ أو إنَّ من أمثلِ دوائِكمُ الحجامةَ Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekam” atau “Sebaik-baik ubat untuk kalian adalah berbekam”.
0 Comments
|