Sumber gambar: Google Madu merupakan cecair yang dihasilkan oleh lebah madu dimana terdapat beberapa spesis lebah yang dapat menghasilkan madu secara efektif, antaranya adalah jenis Apis Dorsata. Apis Dorsata dikenali sebagai lebah madu raksasa iaitu merupakan lebah madu Asia yang berhabitat di hutan. Manfaat madu mungkin belum diketahui umum. Padahal madu secara lazimnya mempunyai segudang manfaat untuk kesihatan tubuh. Selain menyihatkan tubuh, madu juga mampu memberikan banyak khasiat untuk urusan kecantikan. Salah satunya khasiat madu boleh membuat bibir menjadi merah secara semula jadi. Umum mengetahui, ramai di antara kita yang mengimpikan bibir yang cantik dan berwarna merah jambu kerana bibir yang sihat dan tampak kemerahan tidak hanya akan mempercantikkan penampilan malah ia juga membantu kita untuk tampil berkeyakinan di hadapan orang ramai. Apa manfaat madu untuk bibir? Secara umumnya, madu telah diperakui mempunyai pelbagai khasiat terutamanya untuk bibir. Di sini terdapat enam masalah bibir yang dapat dirawat hanya dengan menggunakan madu, antaranya ialah: 1. Masalah bibir kering Sumber gambar: Google Masalah ini sering terjadi kepada wanita mahupun lelaki akibat pencemaran, udara daripada penghawa dingin dan perubahan cuaca yang sangat ekstrem mengakibatkan bibir menjadi kering serta akan menyebabkan bibir seseorang tersebut kelihatan kusam dan tidak menawan. Oleh itu, masalah ini dapat diatasi dengan hanya mengoleskan madu di bibir setiap hari. 2. Bibir berdarah Sumber gambar: Google Seseorang yang mengalami masalah bibir berdarah juga boleh menggunakan madu untuk merawatnya. Untuk kesan yang lebih efektif, madu perlu dipanas terlebih dahulu sebelum menyapunya pada bibir. Ini kerana proses pemanasan madu dapat mengekalkan nutrisinya supaya lebih terserap kedalam lapisan kulit. 3. Masalah bibir gelap Sumber gambar: Google Mempunyai bibir yang gelap dan hitam adalah sangat ditakuti oleh semua orang. Oleh itu, dengan cara menyapukan madu pada bibir setiap hari, perlahan-lahan ia dapat mengembalikan tekstur yang semulajadi pada bibir. Cara ini dianggap berkesan kerana khasiat dalam madu dapat membuang sel kulit mati pada bibir. 4. Sariawan Sumber gambar: Google Sariawan atau dikenali juga sebagai ulser seringkali muncul pada permukaan bibir menyebabkan kesukaran kepada individu untuk bercakap dan makan juga dapat disembuhkan dengan hanya menyapukan madu pada sariawan. 5. Lipatan pada bibir Sumber gambar: Google Masalah lipatan pada bibir amatlah tidak disukai oleh kaum wanita kerana lipatan pada bibir akan membuatkan lipstik mereka jadi cepat retak dan tidak tahan lama. Dengan menggunakan madu, mereka boleh mengoleskannya pada bibir untuk melicinkan kulit dan perlahan-lahan lipatan tersebut akan menghilang. 6. Bakteria yang terdapat dibibir Sumber gambar: Google Bibir yang gatal seperti initasi dan meradang akibat jangkitan bakteria dari makanan juga boleh dihilangkan dengan menyapukan madu pada bibir. Kandungan antibakteria pada madu dapat menyembuhkan luka pada bibir. Kesimpulannya, sebahagian masalah bibir seperti yang telah disebut diatas, boleh dirawat dengan hanya menggunakan madu tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. Tahukah anda??
|
AuthorNUR AINUL BARA’AH BINTI MOHD NOR |