Wanita muslimah sangat sinonim dengan mengenakan telekung dalam melakukan ibadah terutama bila hendak mendirikan solat. Telekung pada asalnya hanya menjadi satu keperluan yang tidak mencapai tahap kebanyakan wanita untuk memiliki telekung yang lebih moden dan bercitarasa tinggi. Ini kerana, mentaliti wanita dipengaruhi dengan penggunaan telekung hanya setakat dipakai ketika di dalam solat.
Di Malaysia, penghasilan telekung moden semakin pesat dan berkembang. Antara jenama telekung yang mengukir nama di dalam mahupun diluar negara dan ia telah menjadi satu kebanggaan produk kepada Malaysia ialah telekung Siti Khadijah. KENALI GAYA FESYEN TELEKUNG
Telekung Mini/Travel Telekung yang diinovasikan daripada kebiasaan telekung atau ia juga mesra dikenali dengan nama telekung travel. Ianya hasil daripada idea dan kekreatifan manusia dalam mencipta inovasi yang memudahkan wanita Islam. Sasaran utama telekung ini ialah kepada wanita muslimah moden, terutama bagi mereka yang kerap bermusafir, melancong dan mereka yang menunaikan ibadah umrah dan haji. Yang uniknya, telekung ini bersaiz kecil, ringan, selesa dan mempunyai poket kecil untuk menyimpan barang berharga seperti dompet atau pun telefon bimbit. Dari segi mutu fabrik, ianya sejuk dan tidak jarang yang mana memberi keselesaan kepada pemakainya. Seterusnya, kadar penawaran harga agak berpatutan dan juga ia bergantung kepada beberapa faktor seperti jenama pengeluar di pasaran.
Setiap daripada wanita muslimah itu diwajibkan untuk menutup aurat ketika di dalam solat. Tambahan pula, kepelbagaian fesyen telekung yang terdapat di pasaran amat menarik perhatian pembeli dan sekali gus wanita juga dapat menggayakan fesyen telekung moden. Pemilihan yang tepat dari segi mutu dan harga yang berpatutan pada fesyen telekung sudah pasti memberi kepuasan yang berbaloi. Walau bagaimanapun, keselesaan pengguna menjadi faktor utama dalam pemilihan fesyen telekung. Bahkan, fesyen telekung masa kini sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah atau barang hantaran kepada wanita yang tersayang.
0 Comments
|