Bantut bermaksud kanak-kanak mengalami masalah tumbesaran tidak normal dari yang sepatutnya kerana kurang pengambilan makanan yang berkhasiat. Bantut juga dikenali sebagai “stunted”. Isu mengenai bantut kini semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat disebabkan jumlah kanak-kanak yang bantut semakin meningkat saban tahun. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) menunjukkan bahawa masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada 5 tahun mencatatkan peningkatan sebanyak 17.7 peratus pada 2015 kepada 21.8 peratus pada 2019. Selain itu, infografik yang dikeluarkan oleh Public Health Malaysia menunjukkan bahawa satu daripada lima kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah bantut. Faktor utama masalah ini adalah kekurangan nutrisi dan pengambilan diet tidak seimbang dalam tempoh yang lama dari awal kehamilan sehingga kanak-kanak berusia 2 tahun (1000 hari kehidupan). Walhal, tempoh tersebut merupakan tempoh yang sangat penting bagi pertumbuhan, perkembangan dan kesihatan yang paling optimum untuk bayi. Selain itu, terdapat juga faktor lain yang menyumbang kepada masalah bantut iaitu:
"Late bloomers" adalah keadaan di mana kanak-kanak mengalami tumbesaran yang perlahan tetapi ketika mencapai usia remaja, mereka mengalami tumbesaran yang cepat sehingga mereka mempunyai ketinggian menyamai rakan sebaya yang lain. Cara untuk mengenal pasti
Cara untuk mencegah
-kanak dengan pelbagai bentuk dan warna yang menarik. Lauk yang sedia ada boleh dihias kepada bentuk yang lebih menarik dengan menggunakan sayur-sayuran ataupun buah-buahan sebagai hiasan tambahan. Pendek kata, ia akan lebih menarik perhatian anak-anak dan ibu bapa juga berjaya membekalkan nutrien yang mencukupi kepada mereka. Tegasnya, isu ini perlu dipandang serius oleh ibu bapa kerana masalah bantut ini akan memberi kesan dalam jangka masa yang panjang kepada kanak-kanak sehingga mereka meningkat dewasa. Tambahan lagi, masalah bantut masih boleh dirawat dan dibantu dengan mudah jika ibu bapa segera mendapatkan nasihat doktor sebelum kanak-kanak mencapai umur 18 tahun. Melihat perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak merupakan kebahagiaan buat setiap ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa diingatkan supaya memberikan penjagaan yang sebaiknya kepada kanak-kanak dari awal kehamilan lagi demi menjamin masa depan yang sihat. Bak kata pepatah Melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnya.”
0 Comments
|