Mata adalah salah satu anugerah daripada Allah S. W. T yang sangat berharga dan perlu diberi perhatian. Mata adalah aset penting untuk semua kehidupan termasuklah manusia. Oleh itu, penjagaan mata amat penting untuk menjamin kesihatan mata yang berpanjangan. Deria penglihatan yang dimiliki membantu kita melakukan aktiviti harian dengan baik. Kita hanya mempunyai dua mata seumur hidup. Bayangkan hidup kita tanpa deria penglihatan? Jadi, penjagaan mata dengan baik adalah salah satu cara kita mensyukuri nikmat yang diberikan. Sebagaimana yang kita tahu mata sentiasa terdedah kepada pelbagai perkara. Dengan itu, artikel ini menjelaskan perkara yang boleh diambil perhatian dalam amalan penjagaan kesihatan mata antaranya: Sumber: Pinterest.com 1) Jaga pemakanan Amalan pemakanan yang sihat sangat penting kerana kesihatan mata dan tubuh badan bergantung kepada apa yang kita makan. Oleh itu pengambilan pemakanan yang seimbang dan bernutrisi amat penting bagi mencapai kesihatan mata yang baik dan optimum. Pengambilan multivitamin juga digalakkan bagi menampung kekurangan nutrisi yang diperlukan. Untuk mengelakkan masalah penglihatan seperti degenerasi makula, digalakkan mengambil makanan yang mengandungi;
Sumber: Google
Sumber: Pexels.com
Sumber: Google
Sumber: Google 2) Memakai cermin mata hitam Sumber: Pexels.com Memakai cermin mata hitam yang baik dapat melindungi mata dari sinaran UV, lantas melindungi mata daripada katarak dan degenerasi makula akibat pendedahan kepada UV yang berlebihan. Digalakkan mengguna cermin mata yang boleh menghalang sehingga 100% sinaran UVA dan UVB. Cermin mata hitam untuk perlindungan tambahan. 3)Berhenti merokok Sumber: Pexels.com Merokok penyebab utama penyakit mata seperti katarak, kerosakan saraf optik, dan degenerasi makula. Selain itu ia boleh menyumbang kepada uveitis iaitu penyakiti mata yang serius yang boleh menyebabkan hilang penglihatan. Nota: Uveitis adalah radang pada lapisan tengah mata yang dikenali sebagai uvea. 4) Pemeriksaan mata berkala Pemeriksaan mata sangat penting sekurang kurangnya sekali setahun bagi memastikan tahap penglihatan dan kesihatan mata sentiasa berada dalam keadaan baik. Pemeriksaan mata yang komprehensif termasuklah melebarkan pupils mata, boleh mengesan risiko penyakit mata yang serius seperti diabetic retinopathy yang tiada simptom atau amaran awal. Nota: Diabetic retinopathy ialah penyakit diabetis yang menyebabkan kerosakan pada saluran darah ke retina. 5) Menghadkan tempoh penggunaan skrin Melihat skrin komputer untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan mata penat, penglihatan kabur, mata kering, dan sakit di kepala, leher dan belakang. Oleh itu, cuba berhenti setiap 20 minit dengan melihat jauh sekurang kurangnya 20 saat setiap dua jam tinggalkan komputer anda dan berehat seketika. Tambahan lagi, dengan kehidupan norma baharu disebabkan pandemic covid-19, segala aktiviti masyarakat berubah. Keadaan ini menyebabkan masyarakat mengamalkan aktiviti harian mereka secara dalam talian iaitu menggunakan telefon pintar, komputer, atau alat peranti yang lain. Aktiviti ini melibatkan pengajaran dan pembelajaran, urusan jual beli, dan melayari media sosial yang menyebabkan mereka tertumpu kepada skrin berjam jam lamanya. Oleh itu, amat penting untuk kita menjaga kesihatan mata sbelum ia dapat memberi kesan yang berpanjangan terhadap kesihatan mata, tubuh badan dan perkembangan diri kerana mata merupakan anugerah yang paling bernilai yang sukar dicari ganti. Tahukah anda??
0 Comments
|
AuthorNor Nia Syafiqa binti Ahmad Rosdi |