Masalah mental yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia hari ini begitu membimbangkan. Masih ramai ibu bapa yang tidak menyedari hakikat sebenarnya masalah kesihatan mental ini membabitkan semua peringkat umur, bukan hanya golongan dewasa bahkan kanak-kanak juga. Menurut portal MyHealth, penyakit mental adalah sejenis penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang sehingga boleh mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti harian dengan baik. Berdasarkan daripada laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan, penyakit mental adalah antara lima penyakit utama yang menyebabkan hilang upaya di seluruh dunia. Apa yang paling mengejutkan kita ialah melalui pendedahan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendapati 424,000 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah mental. Kenali gejala-gejala awal penyakit mental
Malahan, ada segelintir daripada mereka yang sering menyebut tentang kematian atau bunuh diri, mudah marah atau mengamuk dan berkelakuan di luar kawalan ibu bapa yang boleh memudaratkan diri. Penyakit mental bermula daripada rumah?Antara faktor masalah kesihatan mental berlaku dalam kalangan kanak-kanak ialah kebanyakan bermula daripada rumah iaitu wujud keadaan di mana anak berasa tidak disayangi oleh ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Mereka meletakkan kegagalan dalam akademik sebagai salah satu sebab mengapa mereka tidak disayangi. Selain itu, terdapat juga kanak-kanak yang merasakan mereka kurang mendapat perhatian disebabkan diri mereka kurang menyerlah dari segi bakat dan kebolehan berbanding adik beradik yang lain. Ibu bapa sebagai pembimbing Oleh itu, ibu bapa yang sewajarnya memainkan peranan penting dan menjadi pembimbing untuk mengelakkan penyakit mental ini berlaku dalam kalangan anak-anak. Sebagai contoh, memenuhi masa lapang anak-anak dengan mengajak mereka melakukan aktiviti yang berfaedah bersama-sama seperti melukis, bermain permainan interaktif atau berkebun.
Dengan kata lain, ia mampu menjauhkan mereka daripada terpengaruh dengan perkara-perkara negatif. Selain itu, dapat mempromosikan aktiviti yang sihat kepada kanak-kanak yang bermasalah dan sebagai langkah pencegahan awal agar emosi dan kesihatan mental mereka tidak terjejas. Kesimpulannya, berilah sokongan moral dan jadilah tunjang utama buat mereka supaya dapat meneruskan kehidupan ini dengan baik dan sempurna bersama keluarga tersayang. Tidak dinafikan, membesarkan seorang anak menjadi satu cabaran besar bagi kebanyakan ibu bapa kerana setiap anak mempunyai perangai dan ragam yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun, ini merupakan satu pengalaman yang bermakna dan memberi nikmat kepuasan. Selain daripada keperluan dalam bentuk material, yang paling penting anak-anak perlukan adalah kasih sayang, perhatian, rasa selamat dan aturan disiplin yang baik untuk pertumbuhan dan perkembangan mental yang sihat.
0 Comments
|