Sumber gambar: Google Stres atau tekanan ialah keadaan dimana seseorang itu mengalami ketidakstabilan sama ada dari segi fizikal atau mental akibat perubahan dalam sesuatu keadaan yang berlaku dalam kehidupan harian manusia. Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas sistem tubuh badan kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem malah mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa. Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stres telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. – ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik (positif) dan ianya dinamakan sebagai “eustress” manakala yang yang buruk (negatif) pula dinamakan sebagai “distress.” Sumber gambar: Google Antara faktor yang mengakibatkan seseorang itu mengalami stres adalah tekanan yang terhasil daripada persekitaran seseorang. Hasil daripada satu penelitian, Spurgeon (2001) menemukan bahawa terdapat sepuluh peristiwa kehidupan yang paling penting dan biasa terjadinya stress, iaitu kematian pasangan, penceraian, kehilangan anggota keluarga, terpenjara, masalah kewangan, pertengkaran dalam rumahtangga, golongan yang tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap, penganguran, anggota keluarga yang bertindak ingin membunuh diri dan anggota keluarga yang mengalami sakit yang serius.
Hasil penelitian yang lainnya, Oswalt dan Riddock (2007) melaporkan bahawa peristiwa kehidupan biasa juga menjadi sumber stres terhadap siswa ketika mereka baru memasuki perkuliahan. Hal tersebut terjadi kerana para siswa tersebut perlu menyesuaikan diri dengan lingkungan baru yang sedang mereka hadapi. Masalah kesihatan yang terjadi akibat stres adalah sakit jantung dan angin ahmar(stroke). Stres akan menambahkan asid lemak (fatty acids) di dalam darah dan bahan-bahan ini akhirnya akan bertukar menjadi lemak asli dan kolesterol yang akan menutupi saluran pembuluh darah. Stres juga akan meninggikan tekanan darah di samping memudahkan proses pembekuan darah. Semua ini merupakan perubahan-perubahan yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung dan angin ahmar berlaku. Selain itu, imsomnia iaitu satu masalah yang menyebabkan susah untuk tidur dan keadaan ini juga boleh menyebabkan stres. Di Amerika sahaja, jumlah mereka yang diserangi masalah ini mencatat jumlah 36 hingga ke-62 juta orang Tambahan lagi penyakit yang muncul akibat stres ialah kencing manis. Tekanan hasil dari stres akan menambahkan kadar gula di dalam darah dan ini boleh membawa kepada penyakit kencing manis dan merisikokan keadaan pesakit yang telah pun menghidapnya. Penyakit-penyakit pada sistem penghadaman seperti gastrik dan ulser juga mudah berlaku keatas seorang yang mengalami stres disebabkan oleh peningkatan pengeluaran asid, terutamanya, jika ia menyebabkan kemurungan dan kemarahan yang bersangatan. Seterusnya, stres juga akan menyebabkan pengeluaran bahan-bahan ‘catecholamines’ seperti ‘epinephrine’ dan ‘norephrine’ ke dalam darah. Bahan-bahan ini berperanan melemahkan sistem pertahanan badan dan ini sekaligus akan memudahkan kuman-kuman untuk menyerang dan menyebabkan seseorang itu sakit. Disamping itu juga, kajian telah menunjukkan bahawa stres juga adalah penyebab kepada beberapa penyakit yang lain seperti darah tinggi, sakit sendi (rheumatoid arthritis), cirit-birit dan sakit usus (irritable bowel syndrome and ulcerative colitis), mandul dan alahan kulit. Melihat kepada akibat stres diatas, jelaslah menunjukkan bahawa kita perlulah mencegah diri kita dari terjadinya stres supaya kesihatan kita dapat dijaga dengan baik. Amalkan permakanan yang sihat dan keraplah melakukan senaman atau bersukan untuk mendapatkan badan yang sihat. Sebagaimana pepatah ada menyebut “akal yang cerdas bermula dari badan yang cergas”.
0 Comments
|
AuthorNur Aliyah Najihah binti Shabudin |