Tahun 2020 merupakan tahun yang akan sentiasa diingati oleh rakyat Malaysia bahkan seluruh dunia berduka-cita atas wabak yang menimpa bumi ini. Virus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia dapat membunuh berjuta-juta manusia dalam sekelip mata. Maka daripada wabak tersebut, kerajaan Malaysia telah memutuskan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) bagi menangani virus covid-19 daripada merebak. Semua sekolah, institusi pengajian dan pejabat ditutup atau bekerja dari rumah (BDR). Pergerakkan keluar masuk atau merentas daerah tidak dibenarkan. Tak tahu apa nak buat semasa musim PKPB? Bosan duduk di rumah? Jangan risau kerana terdapat beberapa cadangan aktiviti yang boleh dilakukan di rumah. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di rumah seperti mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam melalui rancangan television atau di muka buku. Sebagai contoh, mendalami dan mentadabbur ayat Al-Quran dengan menyaksikan rancangan “My Quran Time” setiap hari di tv Al-Hijrah. Ilmu agama juga boleh ditambah melalui menonton siaran langsung di laman muka buku seperti ceramah agama daripada “Public Figure” yang terlalu banyak disiarkan. Semuanya di hujung jari sahaja jika ingin mendalami ilmu agama. Seterusnya, tadarus Al-Quran bersama keluarga. Aktiviti ini perlu dilakukan supaya setiap bacaan anak-anak atau ahli keluarga di baca dengan betul. Dalam fasa PKPB ini juga kita dapat menghabiskan bacaan Al-Quran sekurang-kurangnya sekali. Kita juga dapat memberi perhatian kepada anak-anak dengan mengajar membaca sekali bersama kita dan dalam masa yang sama kita dapat melihat perkembangan anak-anak dalam membaca Al-Quran. Jika ada anak kecil, kita boleh mengajar mereka untuk mengenal dari awal serta memberi perhatian sepenuhnya kepada mereka. Bak kata pepatah: “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Waktu sebeginilah yang memberi peluag kepada kita untuk mengambil berat tentang kebajikan anak-anak dan pendidikan anak-anak. PKPB yang dilaksanakan selama 14 hari dapat memberi peluang kepada anak-anak kita mengenal huruf Al-Quran dengan fasih dan betul. Di samping itu, bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama sendiri lakukan solat berjemaah. Dalam fasa PKPB sebolehnya lakukan solat berjemaah dengan ahli keluarga bagi meluangkan masa yang pernah kita sia-siakan dulu. Selepas solat, boleh juga dibuat bicara hati ke hati iaitu teguran mahupun nasihat buat anak-anak atau isteri dan sebaliknya. Mungkin waktu kita bekerja di pejabat dahulu kita tidak sempat bersama untuk solat jemaah tetapi fasa PKPB ini dapat kita merebut peluang yang terbentang luas dihadapan kita. Jadikan solat jemaah sebagai rutin harian dalam norma baharu ini supaya perhubungan antara keluarga menjadi erat. Selain itu, aktiviti yang dapat dilakukan adalah bermain “game” bersama keluarga kerana pada era globalisasi ini semakin banyak permainan yang dapat kita bermain selagi tidak melanggar syariat dan perintah Allah. Game atau permainan tidak bermaksud kita perlu bermain dalam telefon bimbit malahan permainan seperti congkak, dam ular juga dapat kita bermain bersama. Permainan seperti ini lebih membuahkan hasil pertalian kekeluargaan kita. Sebagai anak yang baik, jadikan sifat ringan tulang dalam membantu ibu ayah sebagai rutin harian. Jika anak perempuan, bangun awal dan bantu ibu menyediakan makanan serta mengemas rumah. Seandainya kita sebagai anak lelaki, bantu ayah bercucuk tanam, membasuh kereta dan sebaliknya. Begitu besar pahala yang akan kita dapat jika kita mempermudahkan urusan kedua ibubapa kita dan menggembirakan hati mereka. Akhir sekali, menjadikan budaya membaca dalam kalangan ahli keluarga. Membuat jadual dalam setiap minggu beberapa kali perlu dihabiskan buku tersebut. Impak yang boleh kita lihat jika memupuk budaya membaca iaitu mengetahui isu semasa, sejarah dan sebagainya. Kesimpulanya, PKPB yang dilaksanakan bukan menjadikan satu bebanan atau kebosanan buat kita rakyat Malaysia kerana terdapat banyak aktiviti yang bermanfaat boleh dilakukan. Tambahan, setiap aktiviti yang bermanfaat kita akan mendapat ganjaran daripada Allah swt. Berlapang dada serta ikhlas dalam mengharungi ujian yang Allah berikan kepada kita sebagai makhluk-Nya yang kerdil.
0 Comments
|
AuthorSalsabilah binti Mansor Archives |