Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan satu berita mengenai isu kenyataan terbuka yang dikeluarkan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengenai kebenaran untuk menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW sekali gus memaparkan tindakan menghina agama Islam. Kenyataan tersebut dikeluarkan berdasarkan respons kepada pembunuhan seorang guru yang juga merupakan aktivitis hak kebebasan bersuara, Samuel Paty, di pinggir bandar Paris kerana telah menunjukkan karikatur di dalam sebuah majalah Charlie Hebdo kepada pelajar kelasnya. Guru tersebut bertanya di dalam kelasnya jika ada di antara pelajarnya yang merasa terhina dengan perbuatan tersebut, beliau mengarahkan mereka untuk keluar kerana tidak layak berada di dalam kelasnya. Ibu bapa kepada murid-murid tersebut telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis dan pihak sekolah tetapi tidak diendahkan. 10 hari berikutnya, seorang remaja telah mengekori guru tersebut lalu menyembelih dan memenggal kepala beliau lalu memuat naik gambar tersebut di aplikasi Twitter. Remaja tersebut ditembak mati oleh pihak polis akibat dikatakan enggan menyerah diri dan cuba menyerang pihak polis. Kematian guru tersebut yang dianggap sebagai wira negara diraikan oleh Presiden Macron dengan menganugerahkannya anugerah khas Legion d’Honneur. Beliau juga telah menyelar tindakan ekstremis dan mengatakan Islam mempunyai masalah besar dalam ajarannya. Pihak majalah Cetus berpeluang menemu ramah saudara Andi Muhamad Zulzharif bin Muhamad, Presiden Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) USIM mengenai isu karikatur tersebut. S: Apakah punca penerbit majalah Charlie Hebdo melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad?
S: Adakah perbuatan pelajar yang membunuh guru Sejarah itu benar atau salah?
S: Selepas kejadian tersebut berlaku, apakah kesan daripada penghinaan tersebut kepada muslim dan negara Islam? J: Kebangkitan kemarahan telah berlaku di kalangan sebahagian besar umat Islam di seluruh pelosok dunia. Ribuan umat Islam telah turun ke jalanan sebagai satu tanda bantahan terhadap penghinaan ini. Selain itu pelbagai kecaman telah di keluarkan antaranya daripada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta negara-negara Islam seperti Turki, Kuwait, Qatar, Bahrain, Pakistan dan banyak lagi. Kementerian Luar Jordan turut mengutuk penerbitan berterusan karikatur menggambarkan Nabi Muhammad SAW atas alasan kebebasan bersuara, dan sebarang percubaan mengelirukan serta diskriminasi untuk mengaitkan Islam dengan keganasan.
S: Apakah tindakan kita sebagai seorang muslim setelah mengetahui berita mengenai penghinaan terhadap nabi Muhammad?
Allah SWT berfirman kepada orang yang beriman dan budiman: “Barang siapa yang menceroboh ke atas kamu, maka balaslah pencerobohan itu dengan perkara yang seimbang dengannya terhadap kamu. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah bersama orang-orang yang bertakwa.” (Surah al-Baqarah: 194) S: Adakah tindakan kita memboikot barangan Perancis itu memberi kesan kepada Perancis? J: Sememangnya ia memberi kesan kerana ia mampu melemahkan ekonomi negara Perancis. Ditambah pula dengan impak daripada pandemik Covid-19, kempen boikot pasti akan memberi impak yang besar kepada kepimpinan mereka khususnya. Kemerosotan indeks barangan jualan Perancis boleh dilihat di laman sesawang yang berkaitan "Trading Economics, France CAC 40 Stock Market Index". Juga telah kedengaran berita yang melaporkan bahawa Perancis menyeru Turki menghentikan usaha Boikot ini. Dengan usaha memboikot ini akan memberi kesedaran kepada pemimpin utama dengan tersebut agar menarik balik kata-katanya dan memohon kemaafan kepada seluruh umat Islam. Firman Allah SWT, “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” - [Surah Al-Anfal 60] S: Jika situasi begini berlaku di Malaysia, apakah tindakan yang boleh kita lakukan? J: Yang pertama jika berlaku sebarang pembunuhan berkaitan dengan isu penghinaan kepada Rasulullah SAW di negara kita maka wajib untuk kita menyerahkan ia kepada pihak berwajib untuk melakukan siasatan dan juga menyiasat punca perkara tersebut berlaku. Pihak pemerintah lebih memahami situasi yang berlaku dan pasti mempunyai jalan penyelesaian yang terbaik berpandukan Perlembagaan Negara kita. Selain itu, jika berlaku sebarang kes menghina Nabi junjungan kita, Muhammad SAW dan perbuatan mempersendakan agama Islam, maka bolehlah kita membuat aduan di Unit Pemantauan Isu Hina Islam yang telah ditubuhkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan seterusnya dengan segera melaporkan kepada pihak polis dan SKMM. Negara kita mempunyai undang-undang. Pihak yang bersalah mesti dijatuhkan hukuman yang setimpal.
8 Comments
|