Permainan bola keranjang diperkenalkan pada tahun 1982 dan diasaskaan oleh Dr. James Naismith, seorang jurulatih di sekolah latihan Pertubuhan Belia Pemuda Kristian (Wikipedia). Bola keranjang ini merupakan satu permainan yang mana setiap pasukan mempunyai lima orang pemain mengikut setiap posisi khas masing-masing untuk menjaringkan mata melalui sebuah keranjang (atau bakul) dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Selain itu, mata yang akan diperoleh dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas, dan pasukan yang mempunyai markah yang lebih banyak apabila tamat permainan dikira sebagai pemenang. Manakala, lontaran lompat yang biasa di dalam lengkungan bernilai dua mata, dan di luar lengkungan bernilai tiga mata. Bola perlu digerakkan di dalam gelanggang dengan melantunkannya (menggelecek) atau menghantarnya kepada rakan sepasukan. Gangguan seperti sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan sama sekali dan jika terdapat sekatan, maka akan memperolehi penalti. Walaupun sukan bola keranjang amat terkenal di negara China, namun negara kita, Malaysia juga tidak terkalahkan. Hal ini kerana sukan bola keranjang semakin mendapat sambutan baik di Malaysia dalam tempoh beberapa tahun ini dengan penganjuran pelbagai liga dan kejohanan Kebangsaan dan Antarabangsa, antaranya ialah Sukan Asia Tenggara (SEA). Dengan adanya penganjuran sukan seperti ini, wakil pemain Malaysia dapat menyerlahkan lagi bakat mereka serta mengharumkan lagi nama negara kita dalam permainan ini.
Gambar diatas melihatkan pemain yang bertanding di dalam CBA. Pasukan yang bertanding ialah antara pasukan daripada wilayah Beijing melawan Pasukan wilayah Quandong, China yang mana keputusan akhir yang diperoleh daripada permainan ini telah memihak kepada Quandong sekaligus menempatkan diri di tangga yang teratas daripada pasukan-pasukan yang lain.
Oleh yang demikian, sukan bola keranjang amat digalakkan di negara kita, Malaysia supaya negara kita lebih maju kehadapan berbanding negara lain dan seterusnya, negara kita, Malaysia juga dapat menjadikan nagara Cina sebagai teladan dalam usaha untuk memajukan lagi sukan negara kita kerana negara Cina merupakan negara yang amat terkenal dan pemain-pemain negara ini sangat berbakat dalam permainan sukan bola keranjang.
0 Comments
|
AuthorIG: aishah516 SITI AISHAH BINTI ASING
ArchivesCategories |