Hand sanitizer atau lebih dikenali sebagai satu produk gel pembersih tangan kebiasaannya digunakan untuk membersihkan tangan selain penggunaan sabun dan air. Ia mampu membasmi 99.99% mikro organisma. Menurut CDC (Centers for Disease Control and Prevention), hand sanitizer yang mengandungi kepekatan sekurang-kurangnya 60% etanol ataupun sekurang-kurangnya 70% isopropyl alkohol adalah berkesan untuk menyahaktifkan virus seperti Covid-19. Hand sanitizer yang dijual di pasaran perlu mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Hand sanitizer perlu berdaftar sekiranya mempunyai tuntutan perubatan (medical claim) atau bernotifikasi sekiranya tidak mempunyai tuntutan perubatan dengan pihak Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Tangan Penyebar Kuman Kita juga sedia maklum bahawa menjaga kebersihan adalah hal wajib yang mesti dilakukan semua orang. Salah satunya adalah menjaga kebersihan tangan kerana tangan adalah bahagian tubuh yang mudah menjadi tempat bersarangnya virus dan bakteria. Tambahan pula, tangan sebagai salah satu organ tubuh yang sering kali berinteraksi, menyentuh dan dapat menjadi media penyebaran kuman serta virus yang berbahaya. Contohnya semasa membuka pintu, memegang tangga, menekan tombol lif dan berjabat tangan. Namun, tanpa kita sedari, selepas kita makan, mengusap mata, menyentuh hidung atau mulut kita sendiri, pada saat itulah kuman atau virus dapat masuk ke tubuh kita. Hal ini menyebabkan tubuh badan kita boleh diserang virus dan bakteria. Oleh itu, cara yang terbaik untuk mencegah pelbagai jangkitan penyakit ialah menjaga kebersihan tangan dengan rutin mencuci tangan menggunakan air dan sabun selama lebih kurang 20 saat di bawah air yang mengalir. Namun, malangnya apabila kita sedang berjalan atau menjalankan aktiviti di luar rumah menyebabkan kesulitan untuk mencari tandas dan tempat mencuci tangan. Hal ini menjadikan penggunaan hand sanitizer boleh menjadi salah satu langkah untuk membersih kan tangan daripada kuman serta virus yang melekat pada badan. Kelebihan 'Hand Sanitizer' Antara kelebihan menggunakan hand sanitizer ialah kemasannya yang kecil dan mudah dibawa kemana-mana. Mencuci tangan dengan hand sanitizer juga lebih praktis kerana boleh dilakukan di mana saja. Selain itu, penggunaan yang sangat berkesan mampu menghilangkan beberapa jenis kuman. Harvard Health menyatakan bahawa hand sanitizer dengan 70% kadar alkohol boleh membunuh beberapa bakteria dan virus.
Kesimpulannya, hand sanitizer menjadi satu alternatif yang berkesan dalam membasmi sekumpulan besar mikroorganisma di persekitaran. Oleh itu, masyarakat perlulah sentiasa menjaga kebersihan diri agar tidak mudah dijangkiti penyakit.
0 Comments
|
AuthorNor Fatini Aqilah Binti Mohamad Soad Archives |