Secara umumnya, China merupakan negara yang mempunyai keluasan wilayah yang besar, malah terdapat 56 etnik di negara itu. Tidak hairanlah China ialah negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia. Anggaran populasi umat islam di China pula adalah sekitar 20 juta orang yang terdiri daripada 10 etnik minoriti. Berdasarkan tempoh perkembangan sejarah, islam telah lama bertapak di China sejak 1300 tahun dahulu dan penyebaran Islam di China mula berlaku sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Sumber paling jelas oleh sejarawan mengatakan Islam tiba di negara China melalui Saad Ibn Abi Waqqas sebagai utusan yang dikirim oleh Khalifah Uthman bin Affan pada zaman dinasti Tang.
Pasti ramai tidak tahu bahawa etnik Uyghur bukanlah sebahagian daripada orang China tetapi mereka mempunyai bangsa mereka sendiri. Dari fakta sejarah, bangsa Uyghur yang menetap di Turkistan Timur merupakan sebahagian daripada Turki yang berasal daripada asia tengah dan menggunakan bahasa Turki sebagai bahasa pengantar. Malangnya, hak mereka dinafikan dan ditindas dengan kejam. Seperti mana isu penindasan yang terjadi di Syria, Palestin, Rohingya dan beberapa negara islam yang lain. Begitu juga penindasan yang berlaku terhadap nasib minoriti umat islam di Xinjiang. Konflik Uyghur ini bukanlah isu yang baharu, malah penindasan terhadap bangsa Uyghur ini terjadi sejak berpuluh tahun lamanya dan masih berlarutan hingga kini. Menurut sejarah, penindasan terhadap wilayah Xinjiang berlaku sejak tahun 1990-an lagi. Selain daripada etnik Uyghur, wilayah Ningxia yang dipelopori oleh orang Hui merupakan etnik minoriti Islam ketiga terbesar di China. Jika diperhatikan layanan yang diberikan oleh kerajaan China kepada etnik Hui adalah ‘agak baik’ berbanding etnik Uyghur. Masyarakat Hui bertutur bahasa Mandarin manakala masyarakat pula bertutur bahasa Turki. Masyarakat Hui juga berasal daripada etnik China (berasimilasi dengan penduduk Cina asal, termasuk etnik Han). Disebabkan faktor asimilasi ini etnik Hui ini bertaburan di China. Contoh asimilasi yang dapat kita lihat, masjid-masjid yang di bina menggunakan reka bentuk seni tradisional China dan seni bina Islam seperti kebanyakan masjid di bandar-bandar besar di China iaitu Beijing, Guangzhou, Xi’an, Tianjin dan tempat-tempat lain. Dalam perlembagaan China dibolehkan kebebasan beragama, akan tetapi untuk mempraktikkan sebarang aktiviti keagamaan dikawal ketat oleh kerajaan. Sejak beberapa tahun ini, pemerintah parti komunis amat sensitif akan isu yang mempunyai pengaruh agama dan politik. Namun, apa yang terjadi baru-baru ini kebanyakan masjid yang terdapat di wilayah Ningxia telah ditanggalkan kubah dan menara menunjukkan kerajaan China berusaha untuk menghapuskan sebarang bentuk dan elemen Islam.
Dapat disimpulkan bahawa sesuatu sebab dan akibat itu tidak terjadi dengan sendirinya kita perlu melihat kembali kepada sejarah. Sejarah bagaimana perkembangan zaman Islam di China terjadi dari 651M hingga sekarang. Tempoh dan masa yang cukup panjang ini pastinya sudah ada pelbagai catatan sejarah mengenai Islam di China. Sesungguhnya, begitu banyak jasa dan sumbangan Islam dalam memajukan peradaban dan ketamadunan China.
4 Comments
rosmawar
12/11/2020 08:06:51 pm
info yang bermanfaat👍👍
Reply
bidi
12/12/2020 12:32:49 am
semoga Allah memelihara umat Islam di dunia ini yang senantiasa menjaga agama Allah dan mentaati perintah Allah dan Rasullulah S.W.T...Aamiin
Reply
Luqman tarmizi
12/12/2020 07:25:05 pm
Mantap bidi
Reply
Nur
1/10/2021 09:33:19 pm
Good article!
Reply
Leave a Reply. |
Nur Zabidi bin Md Shar1171068 Isu Viral- Luar Negara |