Pada masa kini, pembelajaran merupakan sesuatu yang sangat diutamakan pada abad ke-21. Hal ini demikian kerana seiring dengan kemajuan yang semakin pesat mendorong kepada perlunya akan persiapan keilmuan dan pemikiran yang matang kehadapan. Rentetan daripada itu, suasana yang kondusif juga salah satu penyumbang utama dalam membentuk kemenjadian menuntut ilmu terutamanya di institusi-institusi pengajian dan sekolah-sekolah. Namun kini, keadaan dunia berubah sekelip mata akibat penularan virus pandemik berstatus kritikal yang berjangkit dikenali sebagai ‘Novel Corona Virus-19’ atau lebih popular iaitu Covid-19. Wabak ini telah memberi impak kepada orang ramai dalam industri-industri tertentu. Antara salah satu industri yang terkesan adalah industri pengajian kerana pengisytiharan penutupan diumumkan oleh kerajaan. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan wabak menular dan memulihkan keadaan sepanjang Covid-19 mendorong kepada kepraktisan pembelajaran dari rumah. Tujuan penutupan adalah untuk memastikan kadar lekukan peningkatan jangkitan dapat didatarkan sebolehnya. Konsep E-Pembelajaran Hasil daripada itu, konsep ‘e-pembelajaran’ diaplikasikan atau lebih dikenali sebagai elektronik pembelajaran. Hal ini demikian kerana ianya adalah cara terbaik buat masa getir ini dan merupakan pemudah cara bagi tujuan pembelajaran. Konsep e-pembelajaran ini merupakan pembelajaran melalui sumber elektronik bersumberkan teknologi terkini sama ada jarak jauh ataupun dekat. Oleh itu, e-pembelajaran merupakan kaedah pembelajaran yang paling berkesan jika dilihat pada masa ini di seluruh dunia termasuk Malaysia. Kaedah ini merupakan kaedah yang agak baru bagi Malaysia untuk diamalkan secara keseluruhannya meskipun telah lama diperkenalkan berbanding sesetengah negara lain yang telah terbiasa dalam mengamalkannya. Dalam artikel Bernama oleh Tan Sri Dr. Hafiza Abas ada menyatakan bahawa e-pembelajaran atau sebagai pembelajaran maya telah bermula sejak 1999. Tetapi ia lambat berkembang di Malaysia atas beberapa faktor seperti teknikal, talian yang tersangkut-sangkut, kawasan yang tiada capaian, kandungan pembelajaran yang kurang menarik dan bahan pengajaran yang terhad juga kesediaan dan kesedaran pengguna terhadap teknologi baharu. Namun begitu, e-pembelajaran bukanlah suatu yang mudah untuk dinomalisasikan bagi sesetengah rakyat Malaysia kerana ianya perkara yang agak baru yang perlu dipraktikkan. Sebagaimana kita sedia maklum, sesuatu yang baharu perlu mengambil masa yang lama untuk disesuaikan supaya ianya menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Sehubungan dengan itu, penggunaan pembelajaran berasaskan internet sangat mudah untuk mendapatkan maklumat kerana setiap maklumat hanya dihujung jari sahaja tetapi perlunya kepada ilmu. Oleh itu, mampukah rakyat Malaysia mempraktikkan penggunaan e-pembelajaran? Ini kerana e-pembelajaran bukannya sesuatu yang biasa dan ianya perlu kepada kemahiran tekonologi maklumat meskipun kemahiran yang asas. Rentetan daripada itu menjadikan ianya sesuatu yang agak mencabar dan menjadi satu cabaran baru buat rakyat Malaysia khususnya para penuntut ilmu. Cabaran E-Pembelajaran Dalam menomalisasikan kaedah e-pembelajaran, terdapat pelbagai cabaran yang perlu diharungi oleh rakyat Malaysia. Antara salah satu cabarannya adalah kemahiran teknologi maklumat. Sebagaimana yang diketahui, teknologi maklumat menjadi keperluan dalam dunia globalisasi pada masa kini. Persiapan ilmu ini sangat penting dan ianya menjadi keperluan di mana-mana sahaja anda berada khususnya industri pekerjaan dan pengajian serta sebagainya. Hal ini demikian kerana e-pembelajaran adalah pelajaran berasakan teknologi seperti aplikasi-aplikasi internet dan penggunannya sangat mudah sekiranya sudah mahir. Bagi golongan generasi muda, ianya mungkin sedikit mudah untuk dipelajari kerana telah mendapat pendedahan awal pada usia kecil membolehkan proses pembelajaran teknologi maklumat cepat dan mudah difahami. Namun, generasi tua sedikit membimbangkan kerana kurangnya terdedah dengan teknologi terkini kerana faktor usia mendorong kepada kurangnya minat terhadap penggunaan teknologi yang serba canggih. Di samping kemahiran teknologi maklumat, suasana persekitaran juga merupakan salah satu cabaran kerana ianya menjadi impak yang besar terhadap proses e-pembelajaran. Sekiranya persekitarannya ada unsur negatif, maka tidak eloklah hasilnya dan sekiranya persekitarannya positif, maka baiklah hasilnya. Perkara ini boleh dilihat jika sekiranya rangkaian internet tidak memuaskan menjadikan proses pembelajaran berasaskan internet sukar untuk dilakukan dan boleh menyebabkan emosi terganggu. Selain itu, suasana rumah juga turut menjadi penyumbang kepada cabaran yang besar kerana ianya juga memberi kesan kepada sesetengah individu. Suasana rumah yang tidak tenteram mendorong kepada suasana bising dan tidak selesa. Hal ini serta merta menjurus kepada hilangnya fokus terutamanya bagi penuntut yang isi rumahnya ramai dengan kanak-kanak kecil dan lebih berat lagi bagi mereka yang sudah berkahwin serta mempunyai anak untuk diberikan perhatian. Sehubungan dengan itu, cabaran yang seterusnya adalah pengawalan emosi. Emosi merupakan sesuatu penentu kepada kelakuan individu. Berkaitan e-pembelajaran, sememangnya belajar melalui atas talian dalam jarak jauh perlunya kepada kekuatan emosi. Hal ini demikian kerana individu tidak boleh bersemuka dan sekiranya terdapat persoalan yang mengelirukan, ianya menjadi sedkiti rumit bagi bertanya untuk memahami dengan kefahaman yang jelas. Perkara ini mendorong kepada rasa tidak puas hati yang memberi kesan kepada jiwa dan pemikiran. Di samping itu, kemalasan juga merupakan daripada wujudnya emosi yang tidak sihat. Hal ini disebabkan oleh belajar bersendirian mudah untuk hanyut dan mengantuk berbanding belajar secara bersemuka kerana mempunyai kawan-kawan yang boleh menegur serta memberi tunjuk ajar sekiranya tidak faham. Secara kesimpulannya, e-pembelajaran merupakan perkara yang perlu diambil berat untuk mempelajarinya dan menomalisasikannya. Hal ini demikian kerana sesuai dengan penggunaan teknologi pada masa kini yang sangat kehadapan dan menjadi keperluan akan penggunaannya di mana-mana sahaja dalam apa jua keadaan. Oleh itu, sebagai individu yang bijak haruslah mempersiapkan diri dengan ilmu teknologi dan membiasakan diri dengan penggunaannya supaya boleh meningkatkan kemampuan dan kemahiran dengan lebih mendalam untuk digunapakai dalam situasi yang getir seperti ini. Di samping itu, semua golongan haruslah saling bantu-membantu dalam memberi tunjuk ajar tentang ilmu teknologi supaya masyarakat dapat pendedahan yang sewajarnya dan tidak ketinggalan zaman seiring dengan wawasan 2020. Rujukan https://www.researchgate.net/publication/343180597_Memanfaatkan_e-pembelajaran_ketika_pandemik_COVID-19_NOTA_KAMPUS
0 Comments
|
AuthorWan Muhammad Nasrul Nizam bin Wan Abdul Latif Archives |