Setiap pasangan pengantin pasti mengimpikan pelamin angan mereka menjadi kenyataan di hari persandingan. Membayangkan memori-memori indah yang bakal mereka lakar untuk diabadikan sepanjang hidup mereka menjadikan mereka lebih teruja menantikan hari itu. Ditambahkan lagi dengan kemeriahan para tetamu undangan yang terdiri daripada sanak saudara, teman-teman persekolahan, rakan-rakan kerja, jiran-jiran dan ramai lagi membuatkan raja sehari bertambah gembira, namun disebabkan berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) majlis gilang gemilang dan meriah terpaksa dijalankan dalam suasana yang terhad dan minimum. Salah seorang pasangan yang melaksanakan perkahwinan norma baharu iaitu Hidayati, 22 turut berkongsi rasa sepanjang melaksanakan majlis perkahwinan norma baharu ini dilangsungkan. Prosedur Operasi Standard Perkahwinan Setiap majlis yang dilaksanakan mestilah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) perlulah dilaksanakan mengikut prosedur yang betul. Bermula dari alat pengimbas suhu, hand sanitizer serta alat untuk mengimbas tetamu yang datang begitu juga penjagaan jarak fizikal antara tetamu. “Kami melakukan sanitasi di seluruh kawasan rumah kerana dikhuatiri akan berlaku kluster baharu dan menjadi penyebab tersebarnya virus ini. Majlis kecil-kecilan yang dilangsungkan sebenarnya mendatangkan kerisauan terhadap keluarga kami namun dengan persiapan rapi yang sudah dilaksanakan insya-Allah kita dapat terhindar daripada virus tersebut”.
“Semua persiapan yang saya buat berjalan lancar dan tidak memeningkan kepala saya dan ahli keluarga sendiri. Semua persiapan dilakukan agak ringkas namun tetap meriah. Pakaian pengantin yang saya peruntukkan juga hanya sepasang dan masih berkonsepkan melayu moden, saya cuba mengambil peluang yang ada untuk mengurangkan bajet perbelanjaan perkahwinan saya”. Simpanan Untuk Kehidupan Selepas Berkahwin Walaupun besar hajat beliau untuk melangsungkan perkahwinan yang gah dan meriah namun atas sebab kekangan yang ada perkahwinan ini tetap diteruskan. “Kami berhajat untuk mengadakan majlis persandingan selepas PKP namun setelah saya dan suami berfikir dan berbincang bersama keluarga, kami membuat keputusan untuk tidak mengadakan sebarang majlis dan merancang untuk menggunakan duit kahwin tersebut untuk kehidupan kami selepas berkahwin”, ujar Hidayati. Walaupun terpahat rasa sedikit terkilan kerana majlis perkahwinan tidak dapat dijalankan seperti mana yang dirancang, namun mereka bersyukur kerana dengan keadaan ekonomi yang agak terjejas disebabkan wabak pandemik ini terutamanya mereka yang bergaji sederhana, mereka dapat menyimpan dan menggunakan lebihan wang tersebut untuk kehidupan mereka selepas berkahwin. “Saya dan suami juga merancang untuk menggunakan duit majlis perkahwinan tersebut untuk menambahkan aset buat ahli keluarga kecil kami”, ujar Ida lagi. Di musim pandemik ini sudah pasti ramai pasangan yang cuba untuk meneruskan perkahwinan walaupun tanpa majlis secara besar-besaran. Majlis perkahwinan yang dilangsungkan sudah pasti menjadi ingatan kepada kedua-dua mempelai walaupun majlis dilakukan secara sederhana. Majlis yang dilaksanakan lebih mengeratkan ukhuwah sesama keluarga terdekat kerana tidak melakukan majlis persandingan. Kedua-dua mempelai melayani tetamu dan beramah mesra menyantuni antara satu sama lain. Baru-baru ini juga terdapat seorang warga Twitter, Amira Aida Asri berkongsi tentang majlis pernikahan abangnya yang serba ringkas dan menambat hati tetamu walaupun terpaksa mengikuti norma baharu. Antara hikmah yang dikongsikan olehnya adalah:
5 Comments
Irfaz
12/13/2020 07:45:45 pm
Amboii, cinta sahaja , btw good looking for writing and credit to the writes
Reply
Iman
12/13/2020 07:54:23 pm
Nak ambil peluang kawin musim pkp ni tapi apakan daya jodoh tak jumpa jln ke rumah.
Reply
Asnidahsan
12/13/2020 08:28:09 pm
Perkongsian yg menarik.. ^^
Reply
Remy
12/13/2020 08:59:10 pm
Mereka sudah kita bila lagi.. btw perkongsian yg menarik
Reply
Nur
1/10/2021 09:40:51 pm
Kahwin time covid ni jimat, jemputan pun limit. Ayuh jom kahwin!
Reply
Leave a Reply. |
Najiha Razali1171061 Isu Viral- Norma Baharu |