Orang yang mahu menceburi dalam dunia sukarelawan bukan setakat harus kuat sahaja tetapi kental fizikal dan mental. Onak duri yang berlaku akan membuktikan seseorang itu sanggup atau tidak bergelar sukarelawan. Seakan tidak mengenal erti penat dan lelah dalam diri, itulah dia si aktivis sosial berbangsa Cina yang mesra digelar Uncle Kentang. Ada juga yang hairan mengapakah memilih gelaran Uncle Kentang? Sering menyelitkan kentang tiap kali memberi bantuan makanan ialah sebab beliau digelar Uncle Kentang oleh orang ramai. Beliau yang tidak mahu nama sebenarnya dikenali tiap kali memberi bantuan sangat suka dan selesa dengan gelaran tersebut. Si aktivis sosial yang juga sukarelawan ini banyak membuat aktiviti kebajikan di mana niatnya hanya satu iaitu membantu orang ramai. Inspirasi
Kehidupan dan pengalaman dirinya yang susah pada waktu kecil di estet kebun getah mendorong beliau menjadi aktivis sosial. Beliau ada menceritakan kehidupan beliau di dalam bukunya yang berjudul “Sementara ku di sini”. Menerusi buku tersebut, Beliau sangat memahami keperitan menjadi orang miskin. Terpaksa meredah semak berbatu-batu untuk sampai ke sekolah. Begitu juga sering diejek oleh rakan-rakan sekolahnya kerana membawa bekal makanan dan minuman menggunakan bekas tauhu sedangkan yang lain menggunakan bekas makanan yang cantik. Beliau tidak mahu kesusahan hidupnya yang dahulu di rasai oleh orang lain, maka pengalaman tersebut menjadikan beliau terlibat dengan sukarelawan. “Mudahkan urusan orang, Tuhan akan mudahkan urusan kita”. Itulah kata-kata yang sering dipegang dan sekali gus menjadi prinsip dalam hidupnya. Beliau mengakui bahawa prinsip tersebut diambil daripada ajaran Islam iaitu kita perlu permudahkan urusan orang lain. Mempercayai bahawa permudahkan orang lain adalah dengan menolong orang, prinsip ini menjadi inspirasi dan sumber kekuatan kepada beliau untuk terus berada dalam dunia sukarelawan. Beliau ada menceritakan bahawa pintu rezeki dibuka seluas-luasnya apabila menolong orang. Rahmat akan berpanjangan bak air yang mengalir tanpa henti kerana keikhlasan dan kemurahan hati dalam diri semasa membantu. Itulah kata-katanya menerusi keratan akhbar Astro Awani yang bertajuk “ringan angan beramal, pintu rezeki terbuka bagai air yang mengalir”.Community Policing Malaysia (CPM) |
CabaranDalam keasyikan menjadi sukarelawan dan memberi bantuan kepada yang memerlukan, sudah pasti ada terselit cabaran yang harus ditempuhinya. Menurut si aktivis sosial ini menerusi bukunya dalam bab 22, melakukan kerja amal iaitu tolong orang penuh dengan risiko. Adakalanya beliau dituduh mengambil wang sumbangan, tidak amanah, tidak memberi bantuan dan kadang beliau sendiri ditipu, baik yang memberi bantuan mahupun yang meminta bantuan. |
Menyingkap tentang kejujuran, tidak semua yang datang meminta bantuan itu jujur. Beliau telah amanahkan seorang pendatang Indonesia untuk mengagihkan bekalan dan lebihan makanan kepada orang yang lebih memerlukan kerana makanan tersebut cukup untuk diberi kepada beberapa keluarga yang susah. Akan tetapi, individu tersebut mengambil semua bekalan makanan untuk bekalan diri dia sendiri. Akibatnya beliau terpaksa menolak pendatang Indonesia itu. Apa boleh buat, itulah lumrah dunia sukarelawan.
Orang yang mahu menceburi dalam dunia sukarelawan bukan setakat harus kuat sahaja tetapi kental fizikal dan mental. Onak duri yang berlaku akan membuktikan seseorang itu sanggup atau tidak bergelar sukarelawan. Maka, tidak hairanlah insan yang hanya mahu digelar Uncle Kentang ini mampu menjadi unsung hero untuk masyarakat kerana matlamat beliau hanya satu iaitu untuk memudahkan orang ramai.
4 Comments
Nur
12/2/2020 12:32:36 am
Saya suka membaca artikel seperti ini kerana dapat membuka mata orang ramai untuk sentiasa membantu dalam kesusahan.
Reply
Umi
12/5/2020 06:45:10 pm
Artikel yg menarik membuatkan sy terinspirasi utk menolong orang dlm kesusahan
Reply
Zaza
12/26/2020 11:39:19 pm
👍🏽👍🏽👍🏽
Reply
Binti
1/10/2021 07:35:44 pm
Artikel sebegini mampu membuka mata masyarakat untuk sentiasa membantu orang ramai dalam kesusahan. Ramai orang yang berpendidikan, tetapi sikit orang yang mempunyai sikap yang baik.
Reply
Leave a Reply.
Amira Mohd Zin
1171069