Siapa sahaja tidak mengenali instafamous atau personaliti media sosial yang bernama Khairul Amin atau lebih gemar dipanggil sebagai Aming. Cukup dikenali ramai kerana video resepi masakan yang dikongsinya sehingga dapat mencecah jumlah like dan share yang tinggi di Facebook dan Instagram. Apa yang menarik dalam video masakan beliau adalah kerana sering menyelitkan unsur lawak dan komedi. Personaliti media sosial ini semakin mendapat perhatian ramai kerana beliau menampilkan 2 penyanyi terkenal tanah air iaitu Dato’ Siti Nurhaliza atau Tokti dan juga Faizal Tahir di dalam video masakannya. Menerusi video berdurasi 1 minit di Instagramnya, Khairul Aming berkongsi resepi Cheesecake Tanpa Menggunakan Ketuhar dan berganding pula bersama Tokti. Penampilan suara penyanyi nombor 1 negara dengan dialognya sudah semestinya membuat peminatnya bertambah teruja. Sehingga kini, video tersebut meraih tontonan sebanyak 2.2 juta. “Assalamualaikum Amin, saya dan Aafiyah dah sampai,”. Itulah dialog Tokti yang menyebabkan peminatnya bertambah teruja Tidak lupa juga, Khairul Aming juga memuat naik video resepi bersama Faizal Tahir yang sedang hangat dengan panggilan Mr. Ragaman ketika itu. Video kolaborasinya bersama Faizal Tahir pula menunjukkan resepi Ayam Buttermilk. Video ini juga meraih jutaan tontonan iaitu 2.6 juta. Videonya mula mendapat sambutan hangat dek kerana suara yang mesra dan lawaknya ketika melakukan video masakan. Sudah pasti rata-rata pengikutnya teruja untuk mendengar lawak dihujung video dan “Hey, wassup guys” pada permulaan video kerana itu merupakan trademark nya. Saya pasti anda pun membacanya dengan nada Khairul Aming.
CHEESECAKE TANPA KETUHAR
Info Chef: Pastikan bahan-bahan filing berada pada suhu bilik untuk mendapatkan tekstur yang lebih baik. AYAM BUTTERMILKCARA MEMASAK:
5 Comments
|