Kopi Dalgona mulai tular di laman sosial Instagram dan TikTok ketika pandemik covid-19 melanda di serata dunia. Video resepi yang kreatif dan menarik banyak dikongsikan oleh pengguna di bawah tanda pagar #cabarankopidalgona. Pandemik ini bukan penghalang kepada masyarakat untuk menjadi lebih aktif di media sosial.
Rasanya yang manis disertai dengan buih-buih halus yang terhasil daripada adunan kopi dan gula menjadikan kopi dalgona digemari ramai. Minuman ini sangat mudah untuk disediakan kerana bahan dan cara membuatnya yang ringkas malah menjadi antara menu yang perlu dicuba sepanjang tempoh kuarantin ini.
MATCHA DALGONA Kopi Dalgona bukan sahaja menjadi kegilaan penggemar kopi malah telah mencetus inspirasi kepada peminat tegar matcha iaitu sejenis minuman yang diperbuat daripada serbuk teh hijau. Minuman ini telah diubah suai mengikut selera dan citarasa penggemar teh namun hasilnya tidak kurang hebat berbanding kopi Dalgona. Kenali Matcha Adakah matcha dan teh hijau dari kumpulan yang sama? Ramai yang masih terkeliru dengan dua jenis minuman ini. Matcha dan teh hijau berasal daripada tumbuhan yang sama iaitu Camellia Sinesis namun kedua-duanya dihasilkan melalui proses yang berbeza. Oleh itu, rasa dan warna juga turut menghasilkan sedikit perbezaan.
Terdapat sedikit perbezaan dari segi bahan bagi membuat matcha Dalgona iaitu dengan menggunakan putih telur. Hal ini kerana, serbuk matcha tidak dapat menghasilkan buih atau foam seperti serbuk kopi yang mempunyai gluten. Dengan idea kreatif ini maka terhasil minuman variasi Daldona.
Tips: Antara alternatif lain untuk menghasilkan buih ialah dengan menggunakan:
DALGONA BUAH Selain kopi dan teh, dalgona juga enak dinikmati bersama buah-buahan. Tambahan pula Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai jenis buah-buahan seperti mangga, betik, pisang dan strawberi. Gandingan kopi dan buah menjadikan rasa dan aroma minuman tersebut lebih enak dinikmati bersama. Dalgona buah yang dihidangkan sejuk dapat menjadi penyejuk tekak di kala musim panas yang terik di Malaysia. Gandingan yang unik ini menjadi alternatif yang baik bagi mereka yang kurang menggemari rasa pahit kopi kerana buah-buahan tersebut mendominasi rasa di dalam minuman.
4 Comments
|