Dikala pandemik Covid-19, semakin ramai rakyat Malaysia yang mula sedar akan kepentingan membudayakan gaya hidup sihat. Namun, masih terdapat beberapa individu di antara kita yang tidak mengambil hal ini sebagai suatu yang penting. Kita haruslah sedar bahawa kesihatan merupakan jaminan untuk hidup dengan lebih sejahtera. Bagi mencapai tahap kesihatan yang terbaik, kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan sebaiknya. Selain itu, terdapat sebilangan daripada rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi seperti menggemari makanan yang mengandungi kolesterol, tidak melakukan senaman dan makan secara berlebihan. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko obesiti serta penyakit berbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, rakyat Malaysia perlulah mengamalkan gaya hidup sihat. Secara umumnya, tanggungjawab ini sudah semestinya jatuh pada bahu ibu bapa yang melahirkan anak-anak serta menjaga mereka sejak kecil lagi. Ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama anak-anak. Aktiviti ini bukan sahaja dapat menyihatkan badan, malah hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak akan menjadi lebih erat. Aktiviti bersenam mampu mengekalkan gaya hidup sihat kerana peluh-peluh yang keluar sewaktu melakukan senaman akan keluar bersama-sama toksin dalam badan. Kesannya, anak-anak mampu membina tahap imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit. Aktiviti senaman perlulah dilakukan sekurang-kurangnya 20 minit sehari dan tiga kali seminggu. Apabila seseorang itu bersenam dan beriadah, mereka dapat meningkatkan kesihatan diri dari aspek fizikal dan mental bak kata pepatah, badan cergas otak cerdas. Meskipun pelbagai aktiviti luar terhalang disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan, namun ia bukanlah alasan rakyat Malaysia untuk berhenti mengamalkan gaya hidup sihat. Menerusi kemudahan internet, orang ramai kini boleh bersenam di rumah masing-masing bersama jurulatih kecergasan secara langsung dan percuma dalam talian menerusi aplikasi Instagram dan Facebook. Terdapat 7 senaman mudah yang boleh dilakukan dirumah anda. Antaranya: 1. Berjalan
Sekiranya anda tinggal di rumah yang mempunyai tangga, anda boleh menggunakannya sebagai lokasi dan alat senaman terbaik tanpa perlu keluar dari rumah. Gunakan tangga di rumah masing-masing untuk lakukan senaman. Sekiranya rumah tidak ada tangga, cuma perlu berjalan sekitar rumah untuk beberapa pusingan kerana ia akan membantu untuk kuatkan otot kaki. Ia ternyata langkah paling mudah dan sesuai dilakukan khususnya pada individu yang sering memberi alasan tidak mempunyai masa atau tidak sempat ke pusat kecergasan. 2. Lompat Katak
3. Naikkan Kaki
4. Squat
5. Push Up 6. Crunches 7. Menari
Kesimpulannya, senaman haruslah dilakukan oleh setiap individu kerana dapat meningkatkan kecergasan fizikal anda, dapat meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan harian serta dapat mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung. Semoga dengan perkongsian senaman mudah ini dapat membantu individu di luar sana untuk kekal sihat dan cergas.
0 Comments
|
AuthorNorhadiyana binti Mansor Archives |